Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Khatijah bt Md Shah (GPK 1), bertempat di Dataran IMalaysia SMK Klebang Besar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Kelainannya ialah pada tahun ini diadakan pameran Sains di Makmal A. Murid boleh mengunjungi pameran tersebut dan turut serta dalam aktivti interaktif dan pelbagai pertandingan yang disediakan. Guru-guru juga boleh membawa murid mereka untuk melawat pameran tersebut.
PANITIA FIZIK SMK KLEBANG BESAR, MELAKA
Monday, 25 June 2012
MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
25 Jun 2012 (ISNIN)
Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Khatijah bt Md Shah (GPK 1), bertempat di Dataran IMalaysia SMK Klebang Besar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Kelainannya ialah pada tahun ini diadakan pameran Sains di Makmal A. Murid boleh mengunjungi pameran tersebut dan turut serta dalam aktivti interaktif dan pelbagai pertandingan yang disediakan. Guru-guru juga boleh membawa murid mereka untuk melawat pameran tersebut.
Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Khatijah bt Md Shah (GPK 1), bertempat di Dataran IMalaysia SMK Klebang Besar. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Kelainannya ialah pada tahun ini diadakan pameran Sains di Makmal A. Murid boleh mengunjungi pameran tersebut dan turut serta dalam aktivti interaktif dan pelbagai pertandingan yang disediakan. Guru-guru juga boleh membawa murid mereka untuk melawat pameran tersebut.
Tuesday, 5 June 2012
MARKAH OH MARKAH... APA DAH JADI
Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak semua.
Ke mana bercuti? Bercutilah. Ia memang sangat dipelukan untuk melapangkan fikiran. Tapi jangan tinggal terus buku pelajaran ye. Alamak! kacau la saya ni. Cuti cuti sebut pasal buku pulak.
Tak kisahlah kalau ada yang bengang pun. Memang betul apa. Awal tahun dah janji nak dapat yang terbaik untuk Fizik kan? Bila saya semak jawapan peperiksaan pertengahan tahun... Alamak! Apa dah jadi, apa dah jadi. (lagu Tan Sri SM Salim gitu...). Kalau masing-masing ada kat depan saya, masa saya sedang memeriksa tak taulah camana. Kertas 3 yang begitu mudah pun ada yang dapat markah bawah 20. Haru biru betul.
Seperkara lagi yang nak saya sebutkan di sini ialah tentang program Pecutan Minda Siri 2 yang berlangsung pada awal cuti yang lalu. Kehadiran murid amat mendukacitakan. Waktu kelas Fizik, 29 Mei 2012 (Selasa), mulai jam 8.00 pg hingga 11.00 pg, kehadiran 5SN1 hanya 9/19 dan 5SN2 15/27. Sangat mengecewakan. Jadual telah diberi lama sebelum cuti bermula. Sepatutnya kamu telah merancang percutiaan. Kalau cikgu boleh mengorbankan hari cuti mereka, kenapa kamu tidak! SPM hanya sekali seumur hidup. Cuti bila-bila pun boleh. Yang datang telah menerima imbuhan markah. Yang tak datang nasiblah... Siapa suruh tak datang.

Sunday, 22 April 2012
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.
Lama sungguh saya tidak mengemaskini ruang ini. Tak sempat. Tapi nota-nota tetap di update ye. Jadi tak ada alasan untuk tidak menyiapkan nota-nota tersebut dalam buku masing-masing. Banyak cara untuk anak-anak sentiasa mengemaskini nota-nota itu. Saya izinkan untuk dicetak. Tapi saya lebih suka ia disalin sebab sambil menyalin kita akan membaca. Kalau tiada kemudahan internet di rumah, tak payahlah paksa ibubapa untuk memasangnya. Salinlah daripada kengkawan yang telah lengkap notanya. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. (Harap cikgu BM tak marah dengan gaya bahasa saya)
Kasihanilah ibubapa kita kerana mereka telah terlalu banyak berkorban untuk kemajuan pelajaran kita. Apakah kita mampu untuk membalas segala pengorbanan mereka kelak? Saya sangat berharap anak-anak telah memasang niat di hati masing-masing untuk membalasnya dengan kejayaan dalam peperiksaan.
Bercakap tentang peperiksaan ni, saya terkejut apabila senarai nama guru pembuat soalan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 telah dikeluarkan. Laaa... dah nak peksa ke? Begitulah anak-anak, masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Jika ada yang masih lagi dalam keadaan terawang-awang, cepatlah terjaga dan jejakkan kaki ke muka Bumi. Berpijaklah di alam nyata. Ingatlah: Life is short, and we make it shorter by wasting time.
Wednesday, 21 March 2012
SPM 2011
Tahniah dan syabas kepada yang cemerlang. Tahniah juga kepada yang berjaya.
Mata pelajaran Fizik berjaya mengekalkan lulus 100%. Seorang berjaya memperoleh A+. Tahniah kepada Koh Jian Cheng. Kejayaannya memang telah dijangka berdasarkan pencapaian beliau yang konsisten dalam setiap ujian dan peperiksaan peringkat sekolah. Sikap rajin bertanya dan membuat latihan antara penyumbang kepada kejayaan tersebut.
Lima orang berjaya memperoleh A-. Target panitia bagi SPM 2011 tercapai dengan peningkatan bilangan yang mendapat A (A+, A dan A-), B dan C serta penurunan yang mencapai D dan E. Terima kasih kepada semua anak-anak yang mengambil Fizik. Anda memang rajin dan selayaknya menerima pengiktirafan tersebut dalam SPM. Harapan saya semoga anda semua meneruskan legasi menimba ilmu dengan semangat yang tak pernah surut. Tetapkan hala tuju hidup anda dan berusahalah ke arahnya. Semoga terus berjaya.
Kini harapan semua pihak tertumpu pula kepada anak-anak tingkatan 5SN1 dan 5SN2 2012. Jangan hampakan diri sendiri. Jangan punahkan harapan ibu bapa dan guru-guru. Anda pasti boleh.
Ingat - "Usaha pasti jaya".

Tuesday, 20 March 2012
KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak.
Pejam celik, pejam celik dah pun habis cuti seminggu kita. Bagi murid tingkatan 3 dan 5, mereka hanya cuti mulai hari Rabu. Lebih simpati lagi murid tingkatan 3 yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan Choral Speaking, langsung tak cuti. Pengorbanan yang perlu dihargai dan diucapkan semoga berjaya mengharumkan nama sekolah.
Dah sediakah untuk belajar anak-anak yang dikasihi. Wahhh... Semua dah berkobar-kobar nak meneruskan study masing-masing. Bagus bagus bagus. Jangan lupa baca, salin dan buat latihan. Tak faham jangan lupa untuk bertanya. "Malu bertanya sesat jalan."

Sunday, 11 March 2012
PECUTAN MINDA - CUTI SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekelian.
Selamat bercuti bagi yang bercuti. Tahniah kepada yang datang ke sekolah untuk program Pecutan Minda (Tingkatan 5 dan Tingkatan 3). Alaaaah, 4 hari je pun. Ada baki lagi 6 hari cuti tu. Daripada mengadap TV, melayan facebook dan mengikut arahan mata yang sentiasa mengantuk, kan lebih baik hadiri program ni. Ada gak faedahnya.
Kalau cikgu-cikgu boleh berkorban untuk kamu, mengapa kamu pulak yang mengkhianati diri sendiri. Nanti kalau gagal SPM jangan cari orang lain sebagai penyebab kegagalan itu. Sekolah dah menyediakan program, cikgu dah menyiapkan bahan dan bersedia untuk mencurahkan ilmu, tapi sendiri yang tak sedar diri. Ingat dah cukup baguslah tu. Sendiri mau ingat.
Kepada yang hadir, anda telah berjaya mengatasi halangan dalam diri. Tahniah sekali lagi. Hari ni kita belajar teknik menjawab soalan Kertas 2 Bahagian C. Setidak-tidaknya kita tau cara untuk memperoleh markah. Lima markah daripada sepuluh pun jadilah. Taklah markah tu kosonggggg memanjang. Teruskan menjawab tiga soalan lagi tu ye. Kalau dah siap, boleh jumpa saya dan kita bincang. Jika kita terus berusaha, insyaAllah kita pasti berjaya.
Maafkan saya kalau terkasar bahasa. Saya memang tak berkenan dengan sikap orang yang suka ponteng. Jadi terpaksalah saya luahkan supaya hilang stress.
Thursday, 8 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)