Pages

Wednesday, 15 February 2012

PERTENGAHAN MINGGU KE 7

15 Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak semua.
Diam tak diam dah tujuh minggu kita bersekolah ye? Kerana tersangatlah sibuknya maka kita tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Setiap hari masa kita penuh hingga ke petang di sekolah. Ada pelbagai aktiviti. Latihan 1M1S, persatuan/kelab, pasukan uniform dan juga latihan rumah sukan. Merentas desa pun kita dah selesaikan. Alam persekolahan sangat seronok sebenarnya. Tak kisahlah penat pun, yang penting kita sentiasa cergas. Betul kan?

Walau apa pun yang dilalui, semoga kalian tetap sihat dan terus bersemangat untuk perjuangan menuntut ilmu yang masih panjang. Selagi hayat dikandung badan, selagi minda masih waras maka selagi itulah tuntutan mencari ilmu itu wajib. Jangan cepat putus asa kerana itu adalah sifat orang yang lemah. Saya percaya anak-anak saya di SMK Klebang Besar bukan manusia lemah.

Ayuh! Jom kita study.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Kami dari Al Falaq Consultancy menawarkan program Kem Fizik bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Jika Tuan/Puan berminat boleh hubungi pengurus Kem Fizik kami . Terima Kasih . 0169064814

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Kami dari Al Falaq Consultancy menawarkan program Kem Fizik bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Jika Tuan/Puan berminat boleh hubungi pengurus Kem Fizik kami . Terima Kasih . 0169064814

    ReplyDelete