4.1 MEMAHAMI KESEIMBANGAN
TERMA
1. Haba ialah sejenis tenaga yang dipindahkan
dari panas ke sejuk.
Unit SI - Joule (J)
2. Apabila objek dipanaskan:
a) Tenaga haba diserap
b) Suhu meningkat
3. Apabila objek disejukkan:
a) Tenaga haba dibebaskan
b) Suhu menurun
4. Suhu ialah kuantiti fizik yang memberitau
tentang darjah kepanasan
suatu objek. Diukur dalam darjah Celsius (⁰ C). Unit SI - Kelvin
(K)
5. Apabila dua objek berlainan darjah kepanasan
bersentuhan, tenaga
haba dipindahkan
di antara kedua-duanya
1. Suhu kopi panas > Suhu air paip
2. Haba berpindah dari kopi panas ke air paip
3. Suhu kopi panas menurun kerana molekul-molekulnya
kehilangan
tenaga
haba.
4. Suhu air paip pula meningkat kerana molekul-molekulnya
menerima
tenaga
haba
5. Mekanisme Keseimbangan Terma
6. Keseimbangan terma telah dicapai apabila
a) Kadar perpindahan haba antara dua jasad
adalah sama.
b) Suhu kedua-dua jasad adalah sama
7. Aplikasi keseimbangan terma
a) Tuala basah diletakkan di dahi orang yang
mengalami demam panas.
i) Suhu tuala basah < suhu badan pesakit
ii) Tenaga haba dipindahkan dari dahi pesakit ke
tuala.
iii) Keseimbangan terma dicapai
iv) Tuala di bilas dengan air paip dan
prosedur diulang
v) Tenaga haba dikeluarkan dari badan pesakit.
b) Menyejukkan minuman:
i) Tambah beberapa ketulan kiub ais
ii) Haba
daripada air panas berpindah kepada ais yang sejuk sehingga
keseimbangan
terma dicapai.
iii) Suhu akhir minuman bergantung kepada jumlah
kiub ais yang ditambah
Termometer Cecair – dalam – kaca
1. Contoh cecair yang digunakan ialah merkuri.
2. Ciri-ciri yang menyebabkan ia sesuai:
a) Mengembang seragam apabila dipanaskan.
b) Tidak melekat pada dinding tiub kapilari
c) Konduktor haba yang baik
d) Takat didih tinggi, 357°C
e) Legap (cahaya tidak boleh melaluinya)
f) Mudah dilihat
3. Merkuri dengan jisim tertentu diisi ke
dalam bebuli kaca termometer.
Apabila dipanaskan
a) Haba diserap
b) Isipadu
merkuri bertambah
c) Mengembang dan naik dalam tiub kapilari.
d) Panjang jalur merkuri dalam tiub kapilari
menggambarkan
magnitud suhu.
Kaedah menentu ukur skala termometer Cecair – dalam - kaca
1. Takat ais dan
takat stim ditentukan dengan kaedah seperti gambarajah di atas.
2. Tandakan takat
ais dan takat stim.
3. Perbezaan panjang diantara takat ais dan takat
stim dibahagi kepada 100 bahagian yang sama besar
Cara menentukan suhu menggunakan termometer Cecair – dalam - kaca
Contoh:
- Rajah di atas menunjukkn jarak di antara limit ais dan limit stim bagi rod termometer merkuri selepas ia dicelupkan ke dalam cecair X. Berapakah suhu cecair X itu?
4.2. MEMAHAMI Muatan habaTENTU
1. Muatan haba suatu bahan ialah kuantiti
haba yang diperlukan untuk
menaikkan suhunya sebanyak 1°C. Unit Si J ºC ˉ
KONSEP MUATAN HABA
|
|
a) Suhu A
= suhu B
b) Muatan haba B >
Muatan haba A
c) Cecair dalam bekas B mengandungi haba lebih banyak daripada cecair
dalam
bekas A
Muatan haba suatu bahan bergantung kepada:
a) Jisim (semakin besar jisim, semakin tinggi muatan habanya)
b) Jenis bahan (bahan berlainan mempunyai muatan haba yang berlainan)
c) Kuantiti haba yang dibekalkan
MUATAN HABA TENTU
1. Muatan haba tentu ialah kuantiti haba yang
diperlukan untuk menaikkan
suhu 1 Kg bahan sebanyak 1°C.
2. Simbolnya : c
3. Unit SI:
J kgˉ¹ ºCˉ¹
4. Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang kecil:
a) Lebih cepat panas atau sejuk
b) Contoh: Pekakas memasak diperbuat daripada logam
atau bahan yang
mempunyai muatan haba tentu yang rendah kerana cepat
panas walau
pun haba yang diserapnya sedikit.
5. Bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang tinggi
a) Lambat untuk menjadi panas atau sejuk.
b) Memerlukan lebih banyak haba untuk menaikkan suhu.
c) Penebat haba yang baik. Ia digunakan sebagai pemegang alatan memasak.
d) Boleh menyerap haba yang banyak dengan kenaikan
suhu yang sedikit.
Misalnya air bertindak menyerap haba yang banyak
sebelum ia mendidih,
maka ia digunakan sebagai egen penyejuk dalam radiator kenderaan.
e) Semakin
tinggi muatan haba tentu bahan, maka semakin tinggi tenaga haba
diperlukan
untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1 ºC
6. Menyelesaikan
masalah yang melibatkan muatan haba tentu.
a) Hukum
keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan
tetapi boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
b) Tenaga
haba diperolehi daripada perubahan tenaga yang lain. Misalnya
daripada tenaga elektrik, tenaga kinetik atau
tenaga keupayaan
c) Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga
haba
Tenaga elektrik = Pt
Pt = mcθ
d) Tenaga kinetik bertukar kepada tenaga haba
Tenaga kinetik = ½ mv²
½ mv² = mcθ
e) Tenaga keupayaan bertukar kepada tenaga
haba
Tenaga keupayaan = mgh
mgh = mcθ
APLIKASI MUATAN HABA TENTU
1. Air sebagai bahan penyejuk
enjin kereta
a) Enjin kereta menghasilkan tenaga haba yang
sangat besar.
b) Air dijadikan ejen penyejuk kerana muatan
haba tentu air adalah tinggi.
c) Ia dapat menyerap tenaga haba yang banyak daripada
enjin lalu menghalang
pemanasan enjin yang melampau.
2. Pekakas rumah dan peralatan
memasak.
a) Diperbuat daripada bahan yang mempunyai
muatan haba tentu yang rendah
seperti keluli, tembaga dan aluminium.
b) Ia mudah panas menyebabkan suhu naik
dengan cepat.
c) Bentuk tidak berubah walaupun pada suhu
tinggi.
3. Bayu Laut
a) Daratan mempunyai muatan haba tentu lebih rendah
daripada air laut
menyebabkan suhunya meningkat lebih cepat. (Daratan lebih panas
daripada laut)
b) Udara di atas permukaan daratan turut menjadi panas
dan bergerak ke atas.
c) Udara sejuk dari laut bergerak ke permukaan daratan
sebagai bayu laut.
4. Bayu Darat
a) Pada waktu malam, haba hilang dari permukaan
daratan dan laut.
b) Air laut mempunyai muatan haba tentu lebih tinggi
daripada daratan,
maka ia lebih panas (lambat menjadi sejuk) daripada daratan.
c) Udara panas di atas permukaan laut bergerak ke
atas.
d) Udara sejuk dari daratan bergerak ke permukaan laut
sebagai bayu darat.
Latihan
1. Cecair X berjisim 1 kg memerlukan 3800 J tenaga
haba untuk menaikkan
suhunya sebanyak 1°C.
a) Nyatakan nilai muatan haba tentu Cecair X.
b) Kirakan jumlah tenaga haba yang diperlukan
untuk menaikkan suhu 1 kg
Cecair X sebanyak 3 ᴼC (11 4000 J)
2. Satu eksperimen telah dijalankan untuk
menentukan muatan haba tentu air.
Sebuah cawan polisterin berjisim 0.4 kg diisi
air dan ditimbang. Jisim cawan
dan air ialah 2.3 kg. Pemanas 2.0 kW digunakan
untuk memanaskan air itu.
Selepas 5 minit, suhu air meningkat daripada 27 °C kepada
100 °C .
a) Kirakan muatan haba tentu air. (4326 J kg ̄ ¹
° C ̄ ¹)
b) Adakan nilai di (a) sama dengan nilai sebenar?
Terangkan jawapan anda
4.3 MEMAHAMI HABA PENDAM
1. Bahan
boleh wujud dalam tiga fasa iaitu
a) pepejal
b) cecair
c) gas
2. Perubahan
fasa akan berlaku
a) Pada suhu dan tekanan tertentu.
b) Dengan menyerap atau membebaskan haba.
c) Diikuti perubahan dalam isipadu dan ketumpatan.
HABA
PENDAM
1. Haba
pendam ialah jumlah haba yang diserap atau dibebaskan apabila
jasad berubah bentuk fizikalnya tanpa melibatkan
perubahan suhu.
2. Jenis-jenis
haba pendam
a) Haba pendam pelakuran
b) Haba pendam pengewapan
Haba pendam pelakuran
Ialah haba yang diserap apabila pepejal menjadi
lebur tanpa kenaikan suhu.
Hapa pendam pengewapan
Ialah haba yang diserap apabila cecair menjadi
gas tanpa kenaikan suhu.
LENGKOK PEMANASAN
LENGKOK PENYEJUKAN
HABA PENDAM TENTU
1. Ialah haba yang dperlukan untuk mengubah 1
kg bahan tanpa kenaikan suhu.
Q = mℓ
Q = tenaga haba
m = jisim dalam kg
ℓ = haba pendam tentu
2. Unit SI ialah joule per kilogram (J kgˉ¹)
3. Kuantitinya bergantung kepada:
a) Jisim bahan
b) Jenis bahan
4. Haba pendam tentu
perlakuran:
Haba yang dperlukan untuk mengubah 1 kg
pepejal kepada cecair tanpa
kenaikan suhu.
5. Haba pendam tentu penewapan
Haba yang dperlukan untuk mengubah 1 kg
cecair kepada wap (gas) tanpa
kenaikan suhu.
6. Contoh
:
Haba pendam tentu perlakuran ais ialah 336
000 J kgˉ¹. Berapakah jumlah
haba yang diperlukan untuk meleburkan 2.5 kg ais pada suhu 0 ºC
Haba yang diperlukan,
Q = mℓ
= 2.5 x 336 000
= 840 000 J
= 840 kJ
7. Aplikasi haba pendam tentu
a. Penyejukan minuman
Semasa ais melebur, satu kuantiti haba pendam
yang besar (336 kJ) diserap
daripada minuman, menjadikan minuman itu lebih
sejuk dan segar.
b. Mengukus makanan
Haba pendam tentu pengewapan air sangat besar
(2260 kJ kg-1). Semasa makanan distimkan (kukus) wap air membebaskan kuantiti haba pendam
tersebut yang akan mengalir kepada makanan
c. Mengekalkan kesegaran ikan/makanan laut/
ayam dll
Haba pendam tentu perlakuran ais yang besar membolehkannya menyerap
kuantiti
haba yang banyak apabila ia melebur. Oleh itu makanan boleh
disimpan lebih lama
pada suhu yang rendah.
d. Menyejukkan badan selepas berpeluh
Badan kita berasa sejuk selepas berpeluh
kerana haba pendam
pengewapan air menyerap haba daripada badan apabila peluh menyejat.
Kesanya badan kita menjadi sejuk apabila haba diserap.
pengewapan air menyerap haba daripada badan apabila peluh menyejat.
Kesanya badan kita menjadi sejuk apabila haba diserap.
Latihan
1. Kien Tzee mendapati 80g ais pada
suhu 0⁰C dapat menyejukkan 0.28 kg
air teh limau
dari 32⁰C kepada 6⁰C. (Haba
pendam tentu ais = 3.36 x 105 J kg ⁻1,
Muatan haba tentu air = 4200 J kg⁻1, ⁰C⁻1,).
a) berapakah tenaga yang diperoleh
i) ais yang sedang melebur (26880 J)
ii) ais
lebur (2016 J)
b)
i) berapakah tenaga yang hilang daripada air teh limau (28896 J)
ii) nyatakan andaian yang anda buat di (b) (i)
c) Kirakan nilai muatan haba tentu air
teh limau itu. (3969 J kg -1
⁰C -1)
2. Sebuah
cerek elektrik mengandungi 3 kg air. Kirakan
jumlah haba yang
diperlukan
untuk mendidihkan semua air kepada wap selepas mencapai
takat didihnya. (6.78 x 106 J)
(Haba
pendam tentu pengewapan air ialah 2.26 x 106 Jkg-1)
3. Berapakah haba
yang diperlukan untuk menukarkan 4 g ais
kepada stim
(wap air) pada 100 °C. (Haba pendam tentu pelakuran ais ialah 336
000 J kg-1,
Haba pendam tentu pengewapan air ialah 2.26 x 106 J
kg-1, Muatan haba tentu
air ialah 4.2 x 103 J kg-1 °C-1)
(1.21 x 104 J)
4.4 MEMAHAMI HUKUM GAS
TEORI KINETIK GAS
1. Berdasarkan
andaian-andaian:
2. Molekul-molekul dalam
gas bergerak bebas secara rawak dan mempunyai
tenaga kinetik.
3. Daya tarikan antara
molekul-molekul boleh diabaikan.
4. Perlanggaran molekul
antara satu sama lain dan dengan dinding bekas
bertutup adalah perlanggaran
elastik.
5. Kadar perubahan
momentum apabila molekul-molekul gas menghentam
dinding bekas dan melantun
semula, menghasilkan daya yang bertindak
terhadap dinding tersebut.
6. Sifat gas bergantung
kepada 3 pemboleh ubah, iaitu
a) Isipadu, V
b) Tekanan, P
c)
Suhu, T
HUKUM GAS
1. Menerangkan hubungan
di antara isipadu, tekanan dan suhu gas.
2. Tiga Hukum Gas
a) Hukum Boyle (hubungan
antara tekanan dan isipadu
pada
suhu malar)
b) Hukum Charles (hubungan
antara suhu dan isipadu pada
tekanan malar)
c)
Hukum Tekanan (hubungan antara tekanan dan suhu pada
isipadu
malar)
HUKUM BOYLE
Menyatakan bahawa tekanan bagi suatu gas
berjisim tetap adalah berkadar songsang dengan isipadunya, jika suhu dimalarkan
Graf mengikut Hukum Boyle
HUKUM CHARLES
Menyatakan bahawa isipadu suatu gas yang berjisim tetap
adalah berkadar
langsung kepada suhu
mutlak (dalam Kelvin), apabila tekanannya dimalarkan
Graf memenuhi Hukum Charles
HUKUM TEKANAN
Menyatakan bahawa tekanan gas berjisim tetap adalah berkadar langsung
kepada suhu
mutlak, apabila isipadunya dimalarkan.
Graf mematuhi Hukum Tekanan
APLIKASI HUKUM GAS
1.
Pam basikal (Piston ditolak ke dalam silinder)
a. Udara di dalamnya
dimampatkan (isipadu berkurang), menyebabkan
tekanan udara dalam silinder
meningkat (Hukum Boyle)
b. Tekanan udara dalam
silinder lebih tinggi daripada dalam tayar.
c. Injap pada tayar
terbuka lalu udara mengalir dari silinder ke dalam tayar.
2.
Tayar (Kereta sedang bergerak)
a. Suhu udara dalam
tayar meningkat (di sebabkan daya geseran), lalu
isipadu udara dalam tayar juga
meningkat (Hukum Charles)
3. Belon
udara panas:
a. Udara dalam belon
dipanaskan
b. Suhu meningkat lalu isipadu
udara juga meningkat (Charles’s Law).
belon mengembang
c. Isipadu udara yang
disesarkan oleh belon meningkat menyebabkan
daya apungan bertambah. (Prinsip
Archimedes)
d. Belon naik jika daya
apungan lebih tinggi daripada berat.
mengapakah pada suhu 0 darjah celcius, gas masih mempunyai isipadu?
ReplyDelete(praktis masteri 4.4,buku teks fizik tingkatan 4)
Sebab 0°C bukan suhu mutlak lagi so dia still boleh bergerak
DeleteNota ini sangat bagus
ReplyDeleteThank you ,it is very useful
ReplyDeleteTerlalu ringkas
ReplyDeleteGood information for student.
ReplyDeleteBagusnyee...
ReplyDeleteSebuah cerek mengandungi 0.5 kg air. Purata haba yang diserap oleh air adalah 16 J s-¹ dalam masa 25 minit. Hitung jumlah haba yang diserap oleh air
ReplyDelete👍👍👍👍👍
ReplyDelete