5.1 MEMAHAMI PANTULAN
CAHAYA
Hukum Pantulan
1. Sinar tuju, sinar pantulan dan
normal terletak pada satah yang sama
2. sudut tuju, i° = Sudut
pantulan, r°
CERMIN
SATAH
1. Ciri imej yang dibentuk oleh
cermin satah
a) Tersongsang sisi
b) Sama saiz dengan objek
c) Maya – tidak boleh ditayang pada
skrin
d) Jarak imej daripada cermin =
jarak objek daripada cermin
Alat / instrumen yang menggunakan
cermin satah
1. Cermin Anti – paralaks dalam ammeter dan voltmeter
a) Ralat paralaks berlaku apabila kita dapat melihat
jarum penunjuk dan
imejnya.
b) Mata hendaklah normal kepada jarum penunjuk supaya
imejnya tidak
kelihatan, bagi mengelakkan ralat paralaks
2. Periskop
a) Mengandungi dua cermin satah pada kedudukan sudut 45°.
b) Imej yang kelihatan oleh pemerhati adalah dalam
keadaan tegak.
3. Cermin
pandang belakang dan cermin sisi kenderaan
Perkataan ‘AMBULANCE’ sengaja ditulis dalam keadaan
tersongsang sisi
pada ambulans supaya imej yang dilihat melalui cermin pandang
belakang kenderaan di hadapannya adalah ejaan sebenarnya
CERMIN CEKUNG DAN CERMIN CEMBUNG
Imej yang terbentuk oleh cermin cekung
Cara melukis
gambarajah sinar
Dua daripada tiga
sinar berikut perlu dilukis :
1. Sinar 1 selari dengan paksi utama dipantulkan oleh cermin
dan melalui
titik fokus , F.
2. Sinar 2 yang melalui
titik fokus F akan dipantulkan oleh cermin selari
dengan paksi utama.
3. Sinar 3 yang melalui
pusat kelengkungan C akan dipantulkan oleh cermin
mengikut lintasan yang sama.(
CF = CP)
Cermin cekung boleh menghasilkan imej
sahih bergantung kepada jarak objek.
u < f
Imej maya, tegak dan lebih besar daripada objek
u = f
Imej di infiniti
u < f < 2f
Imej sahih (nyata), terbalik dan lebih
besar daripada objek
u = 2f
Imej sahih (nyata), terbalik dan sama kecil
dengan objek
u > 2f
Imej sahih (nyata), terbalik dan lebih kecil daripada
objek
Aplikasi cermin cekung dalam peralatan
1. Cermin solek
a) Menggunakan cermin cekung yang mempunyai jarak fokus yang besar.
b) Menghasilkan imej tegak, lebih besar dan maya.
2. Transmisi (penghantaran) isyarat gelombang radio
Cermin dengan permukaan parabola cekung
digunakan untuk
memfokus isyarat gelombang radio.
3. Pemantul lampu suluh
a) Mentol lampu dipasang pada titik fokus cermin cekung
supaya
memantulkan sinar cahaya yang selari.
b) Sinar
cahaya yang selari itu akan mengekalkan keamatannya pada
jarak yang lebih jauh.
Imej yang dibentuk oleh cermin cembung
Cermin cembung membentuk imej maya,
kecil daripada objek dan tegak
1. Meluaskan
medan penglihatan
2. Medan penglihatan cermin cembung lebih luas daripada
cermin satah
3. Oleh itu cermin cembung digunakan sebagai
a) Cermin pandang belakang dan sisi kenderaan kerana ia
akan memberikan sudut penglihatan yang luas untuk melihat kenderaan di belakang
mereka.
b) Cermin keselamatan di kedai-kedai.
c) Cermin di selekoh tajam.
5.2 memahami pembiasan cahaya
1. Pembiasan cahaya ialah
fenomena dimana arah sinar cahaya berubah apabila melintasi sempadan antara dua
medium yang berlainan ketumpatan. (density).
2. Ia terjadi akibat
daripada perubahan halaju cahaya apabila merambat dari satu medium ke medium
yang lain.
Hukum biasan
Sinar tuju dan sinar pantulan berada pada kedudukan bertentangan antara
garis normal dan semuanya berada dalam satah yang sama.
Hukum Snell menyatakan apabila cahaya merambat daripada vakum
kepada medium yang diberi, maka
Nilai sin i (vakum) adalah malar (constant),
sin r (medium)
dan dikenali sebagai indeks biasan
Indeks biasan, n = sin i (vakum)
sin r (medium)
Sudut biasan bergantung kepada indeks biasan medium dan sudut tuju, i
Indeks biasan , n = Laju cahaya dalam vakum atau udara
Laju cahaya dalam medium
Contoh
1.
Kira sudut biasan bungkah kaca di atas
(indeks biasan bungkah kaca = 1.52)
n =
sin i
sin r
1.52 = sin 30°
sin r
sin r = sin 30°
1.52
r
= 19.2°
2. Laju cahaya dalam
kaca ialah 2.0 x 10 8 m sˉ¹
dan lajunya dalam udara
pula 3.0 x 10 8
m sˉ¹. Kirakan indeks biasan kaca itu.
n = laju
dalam udara
laju
dalam medium
= 3.0 x 10 8 = 1.5
2.0 x 10
8
MEMAHAMI SUDUT GENTING DAN PANTULAN DALAM PENUH
Sudut genting, c
1. Apabila cahaya
merambat dari medium yang lebih tumpat (kaca) kepada yang kurang tumpat
(udara), ia akan dibiaskan jauh dari normal.
2. Sebahagian kecil
daripada cahaya itu dipantulkan ke dalam medium yang lebih tumpat itu.
3. Jika sudut tuju, i, bertambah, sudut biasan, r juga bertambah
4. Ketika sudut biasan
mencapai 90°, pada masa itu cahaya dibiaskan di sepanjang sempadan blok kaca
deangan udara.
5. Sudut tuju dalam kaca
ketika ini dinamakan sudut genting, c (critical angle)
Pantulan dalam penuh
1. Jika sudut tuju lebih
besar daripada sudut genting, (i > c) cahaya tidak lagi dibiaskan tetapi
dipantulkan pula ke dalam kaca
2. Fenomena ini dikenali
sebagai pantulan dalam penuh (total internal reflection).
Hubungan di antara sudut genting (critical angle) dan indeks biasan
(refractive index)
Contoh
1.
Sudut genting air ialah 49°. Tentukan indeks biasan air itu.
2.
Bungkah kaca mempunyai indeks biasan ,
n = 1.5. Kirakan sudut gentingnya (critical angle)
terima kasih,sgt berguna untuk saya..izinkan saya buat sbg nota ye..
ReplyDeletebestnyer.. baru paham
ReplyDeletesuch a useful notes for me...baru faham...
ReplyDeleteAdakah imej pada cermin cekung dan cermin cembung songsang sisi seperti cermin satah?
ReplyDeleteThanks for teaches me
ReplyDeleteBerguna
ReplyDeleteTerima kasih. perkongsian yang sangqtsangat bermanfaat. :)
ReplyDeleteact nak tanya u tu apeand f tu ape
ReplyDeleteu tu jarak objek
DeleteNotes yang terbaik
ReplyDeletePenerangan yg baik
ReplyDeletethank you sis
ReplyDeletesaya ada soalan , cermin cekung atau cembung untuk pemantul cahaya yg terbaik ? Terima kasih
ReplyDeleteTerbaik lah
ReplyDeleteterima kasih atas perkongisan
ReplyDelete