Sunday, 4 March 2012

UJIAN BULANAN 1 (MAC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.

Lama dah saya tak mencoret apa-apa bahan di blog kita. Sibuk yang teramat. Lagipun modal bicara tak ada disebabkan terlalu sibuk. Hari ni saya hanya ingin mengucapkan selamat menjawab soalan ujian (kali pertama) bagi tahun 2012. Kepada yang di tingkatan 5 mungkin dah biasa dengan format ujian dan peperiksaan menengah atas. Bagi anak-anak di tingkatan 4, ujian kali ini adalah mukadimah kepada pelbagai corak soalan untuk SPM nanti. Tapi saya rasa ia tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya kita telah membuat persediaan awal. Harap-harap tiada yang mengamalkan last minute study - belajar saat akhir.

Berbicara tentang belajar saat akhir ni, saya ada pengalaman untuk dikongsikan.
Rakan saya semasa menuntut dulu pernah mengamalkannya. Mula-mula memanglah semuanya berjalan lancar. Tetapi apabila terlalu banyak yang perlu diulangkaji, dia black out semasa sedang menjawab peperiksaan. Otak jadi kosong, blank, tak ingat apa-apa sebab terlalu letih dan tidak cukup tidur kerana study. Yalah, esok nak exam.  Kesannya keputusan examnya tidak cemerlang. Orang kata cukup makan je.

Jadi kepada anak-anak semua, saya harap belajar dan mengulangkajilah secara berterusan. Istiqamah. Biar pun tidak banyak tetapi dibuat setiap hari. Ingatlah "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."

Selamat menjawab, semoga menjadi yang paling cemerlang di antara yang cemerlang. Hingga jumpa lagi...

Monday, 20 February 2012

MONDAY BLUES

20 Februari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.

Hari Isnin  Minggu ke 8. Hah! Mingggu ke 8 dah. Dalam nak - tak nak pergi sekolah, sampai jugak kita ke minggu ke 8. Apa yang dah kalian peroleh selama 8 minggu bersekolah? Agak-agaknyalah, masih ingat lagi tak apa dia kuantiti asas, kuantiti terbitan, kuntiti skalar, kuantiti vektor, imbuhan nano, imbuhan mikro, (segala macam imbuhan yang ada dan sudah dipelajari). Lepas tu masuk pula tentang jarak, sesaran, laju, halaju, pecutan, nyahpecutan (bukan maknyah ye). Itu baru sebahagian daripada pelajaran tingkatan empat. Tingkatan lima tak nak sebut. Takut ada yang mengigau sebut "Tacoma Bridge is falling down!!! " malam ni kang.

Begitulah kita. Suka atau tidak kita kena tempuh segala halangan dan cabaran demi masa depan yang gemilang. Sememangnya kita kena bersusah payah untuk berjaya. Bak kata orang-orang lama (saja tak nak sebut tua): Yang bulat tak datang bergolek, yang pipeh tak datang melayang. Tanyalah orang-orang yang telah berjaya. Pasti mereka akan menyatakan betapa mereka menanamkan dalam diri mereka azam dan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. 

Apa lagi anak-anak, berusaha dan berdoalah. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, sekiranya orang itu itu tidak berusaha mengubahnya. Kita berhentit di sini dahulu.  Dah azan magrib. Kewajiban makhluk kepada Penciptanya mesti didahulukan.

Wednesday, 15 February 2012

PERTENGAHAN MINGGU KE 7

15 Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak semua.
Diam tak diam dah tujuh minggu kita bersekolah ye? Kerana tersangatlah sibuknya maka kita tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Setiap hari masa kita penuh hingga ke petang di sekolah. Ada pelbagai aktiviti. Latihan 1M1S, persatuan/kelab, pasukan uniform dan juga latihan rumah sukan. Merentas desa pun kita dah selesaikan. Alam persekolahan sangat seronok sebenarnya. Tak kisahlah penat pun, yang penting kita sentiasa cergas. Betul kan?

Walau apa pun yang dilalui, semoga kalian tetap sihat dan terus bersemangat untuk perjuangan menuntut ilmu yang masih panjang. Selagi hayat dikandung badan, selagi minda masih waras maka selagi itulah tuntutan mencari ilmu itu wajib. Jangan cepat putus asa kerana itu adalah sifat orang yang lemah. Saya percaya anak-anak saya di SMK Klebang Besar bukan manusia lemah.

Ayuh! Jom kita study.

Monday, 30 January 2012

KEMBALI KE SEKOLAH

30 Januari 2012
Assalamualaikum  dan selamat sejahtera anak-anak.
Rasa baru semalam mula bercuti untuk perayaan Tahun Baru Cina.Seminggu tu... Hari ni dah sekolah semula.  Macam tak cuti je, kan? Kenapa? Masa teramat cepat berlalu rupanya di zaman siber ini. Siapa yang masih dibuai mimpi maka akan tercicir. Tinggallah awak. Masa tidak akan menunggumu..

Pepatah Arab ada menyatakan, "Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita" Nak kena potong ke? Kalau tak nak, apa tunggu lagi, ayuh kita mulakan misi menimba ilmu. Ada bahan yang dibekalkan di tingkatan masing-masing. Sila lihat, baca, faham dan salin (lebih bermakna daripada di"print"). Kata nak cemerlang. Orang cemerlang memang rajin dan sentiasa istiqamah macam anak-anak yang saya kasihi sekelian.

Wednesday, 25 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

21 Januari - 29 Januari 2012
Selamat bercuti kepada anak-anak SMK Klebang Besar. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya. Panjang juga cuti kita. Seminggu. Manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa menjenguk nota dan latihan yang dibekalkan oleh guru anda.

Kepada anak-anak kelas Sains 1 dan Sains 2 (Tingkatan 4 dan 5),

Cuba layari juga blog ini  http://cikguwong.blogspot.com
kerana ia mengandungi banyak bahan tambahan untuk fizik dan kimia. Gunakan semua peluang yang ada untuk mengakses maklumat yang amat berguna dan meningkatkan pemahaman anda tentang fizik dan kimia.  SELAMAT BELAJAR. Saya Sayang Kamu. Jangan lupa itu.

Thursday, 12 January 2012

PANITIA SAINS SMK KLEBANG BESAR 2012


GKMP SN & Mat  : Pn Hjh Halimah bt Md Said           
 Ketua panitia        : Pn Hjh Naimah bt Abd Jalil (KP Kimia, Sains Men. Atas)
 Setiausaha           : Pn Corina Lee May Lian (KP Biologi, Sains Men. Atas)
 Ahli:
         Pn Hjh Arizah bt Hashim (KP Fizik)
         Pn Puziah bt Abd Aziz (KP Sains Men. Rendah, Men. Atas)
         Pn Siti Ainon bt Sopian (KP Sains Men. Rendah, Biologi)
         Pn Salwana bt Salim (Fizik, Sains Men.Rendah)
         Pn Baharena bt Baharam (Sains Men.Rendah)
         Pn Noraihan bt Asiman (Sains Men. Rendah)
         Pn Nor Aiyyuhal bt Jemali (Sains Men. Rendah)
         Cik Nor Azura bt Abu Hassan (Sains Men. Atas)