Monday, 20 February 2012

MONDAY BLUES

20 Februari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.

Hari Isnin  Minggu ke 8. Hah! Mingggu ke 8 dah. Dalam nak - tak nak pergi sekolah, sampai jugak kita ke minggu ke 8. Apa yang dah kalian peroleh selama 8 minggu bersekolah? Agak-agaknyalah, masih ingat lagi tak apa dia kuantiti asas, kuantiti terbitan, kuntiti skalar, kuantiti vektor, imbuhan nano, imbuhan mikro, (segala macam imbuhan yang ada dan sudah dipelajari). Lepas tu masuk pula tentang jarak, sesaran, laju, halaju, pecutan, nyahpecutan (bukan maknyah ye). Itu baru sebahagian daripada pelajaran tingkatan empat. Tingkatan lima tak nak sebut. Takut ada yang mengigau sebut "Tacoma Bridge is falling down!!! " malam ni kang.

Begitulah kita. Suka atau tidak kita kena tempuh segala halangan dan cabaran demi masa depan yang gemilang. Sememangnya kita kena bersusah payah untuk berjaya. Bak kata orang-orang lama (saja tak nak sebut tua): Yang bulat tak datang bergolek, yang pipeh tak datang melayang. Tanyalah orang-orang yang telah berjaya. Pasti mereka akan menyatakan betapa mereka menanamkan dalam diri mereka azam dan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. 

Apa lagi anak-anak, berusaha dan berdoalah. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, sekiranya orang itu itu tidak berusaha mengubahnya. Kita berhentit di sini dahulu.  Dah azan magrib. Kewajiban makhluk kepada Penciptanya mesti didahulukan.

No comments:

Post a Comment