Sunday 4 March 2012

UJIAN BULANAN 1 (MAC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.

Lama dah saya tak mencoret apa-apa bahan di blog kita. Sibuk yang teramat. Lagipun modal bicara tak ada disebabkan terlalu sibuk. Hari ni saya hanya ingin mengucapkan selamat menjawab soalan ujian (kali pertama) bagi tahun 2012. Kepada yang di tingkatan 5 mungkin dah biasa dengan format ujian dan peperiksaan menengah atas. Bagi anak-anak di tingkatan 4, ujian kali ini adalah mukadimah kepada pelbagai corak soalan untuk SPM nanti. Tapi saya rasa ia tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya kita telah membuat persediaan awal. Harap-harap tiada yang mengamalkan last minute study - belajar saat akhir.

Berbicara tentang belajar saat akhir ni, saya ada pengalaman untuk dikongsikan.
Rakan saya semasa menuntut dulu pernah mengamalkannya. Mula-mula memanglah semuanya berjalan lancar. Tetapi apabila terlalu banyak yang perlu diulangkaji, dia black out semasa sedang menjawab peperiksaan. Otak jadi kosong, blank, tak ingat apa-apa sebab terlalu letih dan tidak cukup tidur kerana study. Yalah, esok nak exam.  Kesannya keputusan examnya tidak cemerlang. Orang kata cukup makan je.

Jadi kepada anak-anak semua, saya harap belajar dan mengulangkajilah secara berterusan. Istiqamah. Biar pun tidak banyak tetapi dibuat setiap hari. Ingatlah "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit."

Selamat menjawab, semoga menjadi yang paling cemerlang di antara yang cemerlang. Hingga jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment