Sunday 22 April 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak yang dikasihi.

Lama sungguh saya tidak mengemaskini ruang ini. Tak sempat. Tapi nota-nota tetap di update ye. Jadi tak ada alasan untuk tidak menyiapkan nota-nota tersebut dalam buku masing-masing. Banyak cara untuk anak-anak sentiasa mengemaskini nota-nota itu. Saya izinkan untuk dicetak. Tapi saya lebih suka ia disalin sebab sambil menyalin kita akan membaca. Kalau tiada kemudahan internet di rumah, tak payahlah paksa ibubapa untuk memasangnya. Salinlah daripada kengkawan yang telah lengkap notanya. Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. (Harap cikgu BM tak marah dengan gaya bahasa saya)

Kasihanilah ibubapa kita kerana mereka telah terlalu banyak berkorban untuk kemajuan pelajaran kita. Apakah kita mampu untuk membalas segala pengorbanan mereka kelak? Saya sangat berharap anak-anak telah memasang niat di hati masing-masing untuk membalasnya dengan kejayaan dalam peperiksaan.

Bercakap tentang peperiksaan ni, saya terkejut apabila senarai nama guru pembuat soalan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 telah dikeluarkan. Laaa... dah nak peksa ke? Begitulah anak-anak, masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Jika ada yang masih lagi dalam keadaan terawang-awang, cepatlah terjaga dan jejakkan kaki ke muka Bumi. Berpijaklah di alam nyata. Ingatlah: Life is short, and we make it shorter by wasting time.

Selamat menempuh minggu persekolahan ke 16  (23 April - 27 April 2012).

No comments:

Post a Comment